MEMBINA DAYA TAHAN

DARIPADA PESERTA KEPADA JUARA TEMPATAN

Kami berdedikasi untuk memperkasakan benefisiari kami, memupuk perkongsian aktif dan bukannya penerimaan perkhidmatan secara pasif. Matlamat kami adalah untuk membolehkan mereka mengawal kehidupan mereka dan membangunkan keupayaan yang diperlukan untuk muncul sebagai juara Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat akar umbi.

 

Menyedari kepentingan membina komuniti yang berdaya tahan, kami menekankan peningkatan kapasiti komuniti untuk menghadapi dan bertindak balas secara berkesan terhadap cabaran, sama ada ia bersifat ekonomi, sosial atau alam sekitar. Ini melibatkan penggunaan pendekatan kolektif, holistik dan dipacu komuniti yang menyerlahkan kepentingan penyertaan aktif, kerjasama dan tumpuan kepada kemampanan jangka panjang dalam mewujudkan komuniti yang berdaya tahan.

APPGM DALAM BIDANG PARLIMEN MALAYSIA

PARLIMEN MALAYSIA KE-14

 

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia mula ditubuhkan pada 17 Oktober 2019. Idea untuk penubuhannya telah dicadangkan buat pertama kali oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk Undang-undang dan Hal Ehwal Parlimen, mendiang YB Datuk Liew Vui Keong, dalam ucapannya di Parlimen. Mengikut pandangannya, APPGM merupakan forum atau pentas untuk ahli-ahli parlimen daripada kedua-dua kamar dewan untuk terlibat dalam topik berkepentingan awam. APPGM boleh bekerjasama dengan orang di luar lingkungan parlimen seperti ahli akademik, profesional dan NGO sebagai rakan kongsi.

 

Pihak menteri kemudiannya telah mengumumkan APPGM berhubung SDG sebagai kumpulan pertama antara beberapa siri kumpulan APPGM yang akan diluluskan. Beliau turut menyatakan bahawa Profesor Datuk Dr Denison Jayasooria yang ketika itu Pengerusi Bersama Gabungan CSO-SDG Malaysia akan mengambil peranan sebagai Ketua Sekretariat.

 

Pihak Parlimen telah menyatakan perlunya suatu permohonan rasmi untuk pembentukan APPGM-SDG yang mana ianya telah dikemukakan oleh YB Maria Chin Abdullah sebagai Pengerusi pertama APPGM-SDG pada 22 Oktober 2019.

 

Pada 10 Oktober 2022, Parlimen ke-14 telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15. Melalui pembubaran Parlimen, APPGM turut sama dibubarkan.

 

Dalam tempoh antara 11 Oktober 2022 dan 21 Mac 2023, Persatuan Promosi Matlamat Pembangunan Lestari merupakan entiti sah sekretariat (No Rujukan) dan ianya bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang telah dipersetujui dalam APPGM-SDG semasa Parlimen ke-14.

 

Persatuan SDG telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan untuk mengendalikan dana yang telah diperuntukkan sejak tahun 2020. Laporan kewangan dan aktiviti bulanan dikemukakan secara berkala kepada Parlimen, EPU dan Kementerian Kewangan. Laporan tahunan dengan penyata akaun yang diaudit diedarkan kepada Ahli Parlimen pada setiap tahun dan dimuatnaik dalam laman web Parlimen.

 

PARLIMEN MALAYSIA KE-15

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) YB Datuk Seri Azalina Othman Said dalam ucapannya di Parlimen pada 21 Mac 2023 telah mengumumkan penubuhan beberapa APPGM. Semua ahli APPGM telah dijemput untuk menghantar semula permohonan penubuhan APPGM masing-masing untuk sesi Parlimen ke-15. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama senarai Ahli Parlimen yang memberi sokongan.

 

YB Isnaraissah Munirah binti Majilis (Ahli Parlimen Kota Belut) yang merupakan Pengerusi pro-tem APPGM-SDG, telah menandatangani borang permohonan untuk pembentukan APPGM-SDG bersama senarai ahli-ahli parlimen yang menyokong, rakan kerjasama (termasuk Gabungan CSO-SDG Malaysia) dan Persatuan Promosi Matlamat Pembangunan Lestari sebagai Sekretariat.

 

Setiausaha Parlimen telah menghantar surat kelulusan kepada pihak Sekretariat sebagai pengesahan pembentukan APPGM-SDG yang bertarikh pada 21 Mac 2023.

Maklumat di Laman Web Parlimen

10 TERAS UTAMA YANG AKAN DIPEGANG PADA TAHUN 2024

Kepimpinan appgm-sdg

YB PUAN
MUNIRAH MAJILIS

YB PUAN MUNIRAH MAJILIS

PENGERUSI APPGM-SDG

YB DATO’
SAIFUDDIN ABDULLAH

YB DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH

TIMBALAN PENGERUSI APPGM-SDG

PROF DATUK DR.
DENISON JAYASOORIA

PROF DATUK DR.
DENISON JAYASOORIA

KETUA SEKRETARIAT APPGM-SDG

PENERBITAN

SEKRETARIAT:

All-Party Parliamentary Group Malaysia


A-1-10, Blok A, Pusat Perniagaan Seksyen 8, Jalan Sg. Jernih 8/1, Seksyen 8, 46050, Petaling Jaya, Selangor.

Emel: secretariat@appgm-sdg.com

© 2024 All rights reserved by APPGM-SDG