Penyelidikan

PEMETAAN ISU, KEUTAMAAN DAN ANALISIS SITUASI KEPERLUAN TEMPATAN

Teras kerja APPGM-SDG adalah untuk mengenal pasti keperluan dan isu tempatan berdasarkan SDG. APPGM-SDG menggunakan pendekatan bottom-up dan partisipatif dalam memetakan isu dan menganalisa situasi di lapangan.

Metodologi tersebut melibatkan perbincangan berfokuskan kumpulan dengan komuniti di peringkat akar umbi, pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan tempatan, penjawat awam di peringkat daerah, ahli parlimen dan pegawai, dan agensi kerajaan. APPGM-SDG mengutamakan isu utama daripada penemuan pemetaan isu, dengan input lanjut daripada pejabat MP dan agensi kerajaan. Pemetaan dan keutamaan isu membantu APPGM-SDG dalam mengenal pasti projek penyelesaian tempatan yang akan dilaksanakan oleh penyedia penyelesaian tempatan (Solution Provider).

Selepas pemetaan isu, APPGM-SDG menyelidik dengan lebih mendalam mengenai isu utama dengan menganalisa situasi. Analisis ini melibatkan kajian, perbincangan berfokuskan kumpulan, temu bual dengan lebih mendalam dan tinjauan. Laporan tersebut memberi data dan analisis yang diperlukan untuk dasar advokasi APPGM-SDG. 

Projek penyelesaian

PROJEK PENYELESAIAN SDG SEBAGAI PETUNJUK UNTUK PENYELESAIAN JANGKA MASA PANJANG DAN UNTUK KELESTARIAN 

Projek penyelesaian yang merupakan projek mikro serta dana mikro RM20,000 - RM40,000 untuk tempoh 3 hingga 4 bulan menggambarkan kemungkinan penyelesaian tempatan. Ia juga merupakan latihan dalam membina kepercayaan yang melangkaui kajian lapangan dan dokumentasi keperluan dan isu tempatan.

Projek penyelesaian mikro memerlukan usaha yang berterusan bagi memastikan kelestarian projek dan tidak berakhir begitu sahaja. Memandangkan APPGM-SDG hanya menyediakan pembiayaan dua tahun dan selepas itu beberapa projek penyelesaian terbaik terpilih akan beralih ke projek jangka panjang dengan sumber pembiayaan baharu daripada sumber CSR dan GLC serta pembiayaan komuniti.

Promosi

Penyemtempatan SDG di peringkat daerah 

Tugas utama kami ialah menyetempatkan SDG di peringkat pihak komuniti terutamanya di peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan dengan memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan serta menggalakkan agensi dan komuniti setempat menghargai sifat rentas pembangunan dan kelestarian dengan fokus kepada lima P iaitu People, Planet, Prosperity, Peace and Partnership.

Untuk mencapai matlamat ini, kami menjalankan penilaian keperluan di peringkat daerah dan melaksanakan projek penyelesaian tempatan.

  • Kami menjalin hubungan dengan agensi (agensi persekutuan dan negeri) di peringkat daerah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.
  • Kami bekerjasama dengan EPU untuk menubuhkan Pasukan Petugas Peringkat Daerah untuk penyelarasan berkesan penyetempatan SDG di peringkat daerah.
  • Kami menjalin hubungan dengan agensi, komuniti akar umbi dan CSO-NGO peringkat tempatan dengan menganjurkan program kesedaran dan pembangunan kapasiti SDG untuk kakitangan dan sukarelawan peringkat daerah.

DISKUSI POLISI 

Perbincangan Dasar Parlimen Berdasarkan Penemuan Pemetaan Isu Dan Analisis Situasi 

Berdasarkan pemetaan dan analisis situasi 2020 dan 2021 di 30 kawasan parlimen, 14 isu dasar telah dikenal pasti. 10-14 kertas pertimbangan dan Perbincangan Meja Bulat akan diadakan pada tahun 2022 bersama Ahli Parlimen, penjawat awam, ahli akademik, komuniti dan pemimpin perniagaan.

PERKONGSIAN UNTUK MATLAMAT

Memperkukuh kerjasama dengan agensi kerajaan, masyarakat sivil, institusi akademik, kumpulan parlimen dan sektor swasta

Penglibatan pelbagai pIhak berkepentingan berdasarkan SDG 17.16 adalah kekuatan terbesar terutamanya hubungan dengan ahli parlimen, masyarakat sivil, pihak kerajaan, ahli akademik dan kumpulan pemikir. Kami juga akan mengukuhkan lagi jalinan ini dengan melibatkan sektor swasta.

  • Hubungan dengan Kerajaan.
  • Hubungan dengan Masyarakat Sivil.
  • Hubungan dengan Kumpulan Akademik.
  • Hubungan dengan Kumpulan Parlimen.
  • Hubungan dengan Sektor Swasta.

Penerbitan dan Laporan


LAPORAN, JURNAL DAN PENERBITAN
  • 2020 ANNUAL REPORT
  • 2021 PEOPLE’S SCORECARD
  • MALAYSIA'S 2ND VOLUNTARY NATIONAL REVIEW
  • LocaliZing SDGs: Observations from the All-Party Parliamentary Group on SDGs
BERITA
  • APPGM-SDG cadang penubuhan Suruhanjaya Perubahan Iklim 
  • Ahli Parlimen kumpulan pemantau Agenda 2030
  • Prestasi SDG negara pada 2019 bertambah baik – Mustapa
  • NGO berperanan penting bantu bangunkan komuniti luar bandar: Munirah

ARTIKEL
  • Constituency-Based Community Engagement Programme APPGM-SDg
  • A small spark of hope for bipartisan cooperation in SDGs
  • The Role of Youth In Ecosystem Restoration In Malaysia - Panel discussion with APPGM-SDG
  • Aim for inclusive House
CRM form will load here

Perkongsian untuk MEncapai Matlamat

Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.

Sekretariat:

Malaysian CSO SDG Alliance
A-1-10, Blok A, Pusat Perniagaan Seksyen 8, Jalan Sg. Jernih 8/1, Sekysen 8, 46050, Petaling Jaya, Selangor.
Email: appgmsdgmy@gmail.com Mobile: +0163316358