Skip to main content

APPGM-SDG

From Local Action to Sustainable Impact: Reflections from Malang State University

From 1 to 12 June 2026, Dr. Nur Fatihah Tajul Arifin participated in a series of academic, community, and sustainability-focused engagements at Universitas Negeri Malang, Indonesia, under the Universitas Negeri Malang International Postdoctoral Fellowship. The visit provided a valuable platform to strengthen regional collaboration, exchange practical knowledge, and explore how science, policy, and local action can work together to advance sustainable development.

One of the key activities was a site visit to TPA Supit Urang, a municipal waste management facility in Malang. The visit offered direct exposure to how local authorities manage municipal solid waste through a more circular and resource-oriented approach. Beyond waste collection and disposal, the facility demonstrates how organic waste can be processed into compost and transformed into a value-added product that supports environmental management while generating local income.

Dr. Fatihah also delivered an international guest lecture titled “Bridging Science, Policy, and Society: Advancing Sustainable Development Through Local Action” at Universitas Negeri Malang. The session highlighted the importance of translating scientific knowledge into policy action, particularly in supporting the Sustainable Development Goals. Drawing from her experience with APPGM-SDG in Malaysia, she shared how evidence-based interventions, community participation, and cross-sector collaboration can strengthen the implementation of sustainable development initiatives at local and national levels.

In addition to the lecture, Dr. Fatihah engaged with students through academic discussion sessions focused on improving manuscript quality for publication. The session provided guidance on structuring research papers, strengthening problem statements, improving academic arguments, and positioning research findings for scholarly contribution.

Another significant activity was a visit to the greenhouse developed by her host supervisor, Dr. Eli Hendrik Sanjaya. The greenhouse demonstrated a practical model of organic compost production and its application in paddy cultivation. Through the use of organic fertilisers, the community successfully produced approximately three tonnes of paddy from a 4,500 m² area. This initiative reflects the potential of locally produced organic inputs to support sustainable agriculture, reduce dependency on chemical fertilisers, and strengthen community-based food production systems.

Overall, the engagements in Malang reinforced the importance of connecting academic knowledge with practical field experience. From municipal waste management and organic composting to guest lecturing and manuscript mentoring, the fellowship served as a meaningful platform for regional knowledge exchange. More importantly, it demonstrated that sustainable development is most impactful when science, policy, universities, local authorities, and communities work together toward shared solutions.

 


 

Daripada Tindakan Setempat kepada Impak Lestari: Refleksi Lawatan ke Universitas Negeri Malang

Dari 1 hingga 12 Jun 2026, Dr. Nur Fatihah Tajul Arifin telah menyertai beberapa siri libat urus akademik, komuniti dan kelestarian di Universitas Negeri Malang, Indonesia, di bawah Program Universitas Negeri Malang International Postdoctoral Fellowship. Lawatan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama serantau, berkongsi pengetahuan praktikal dan meneroka bagaimana sains, dasar serta tindakan setempat dapat digerakkan secara bersama bagi memajukan agenda pembangunan mampan.

Salah satu aktiviti utama ialah lawatan tapak ke TPA Supit Urang, sebuah fasiliti pengurusan sisa pepejal perbandaran di Malang. Lawatan ini memberi pendedahan secara langsung mengenai bagaimana pihak berkuasa tempatan mengurus sisa pepejal perbandaran melalui pendekatan yang lebih bersifat kitaran dan berorientasikan sumber. Selain daripada kutipan dan pelupusan sisa, fasiliti ini menunjukkan bagaimana sisa organik dapat diproses menjadi kompos dan ditransformasikan sebagai produk bernilai tambah yang menyokong pengurusan alam sekitar serta menjana pendapatan setempat.

Dr. Fatihah turut menyampaikan syarahan antarabangsa bertajuk “Bridging Science, Policy, and Society: Advancing Sustainable Development Through Local Action” di Universitas Negeri Malang. Sesi tersebut menekankan kepentingan menterjemahkan pengetahuan saintifik kepada tindakan dasar, khususnya dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan. Berdasarkan pengalaman beliau bersama APPGM-SDG di Malaysia, perkongsian tersebut turut menyoroti bagaimana intervensi berasaskan bukti, penyertaan komuniti dan kerjasama rentas sektor dapat memperkukuh pelaksanaan inisiatif pembangunan mampan di peringkat tempatan dan nasional.

Selain itu, Dr. Fatihah turut terlibat dalam sesi perbincangan akademik bersama pelajar bagi membantu mereka meningkatkan kualiti manuskrip untuk penerbitan akademik. Sesi ini memberi panduan berkenaan struktur penulisan artikel penyelidikan, pemantapan penyataan masalah, pengukuhan hujah akademik dan penentuan kedudukan dapatan kajian agar lebih jelas dari segi sumbangan ilmiah.

Satu lagi aktiviti signifikan ialah lawatan ke rumah hijau yang dibangunkan oleh penyelia hos beliau, Dr. Eli Hendrik Sanjaya. Rumah hijau tersebut mempamerkan model praktikal penghasilan kompos organik dan aplikasinya dalam penanaman padi. Melalui penggunaan baja organik, komuniti berjaya menghasilkan kira-kira tiga tan padi daripada kawasan seluas 4,500 m². Inisiatif ini mencerminkan potensi input organik tempatan dalam menyokong pertanian lestari, mengurangkan kebergantungan terhadap baja kimia dan memperkukuh sistem pengeluaran makanan berasaskan komuniti.

Secara keseluruhannya, libat urus di Malang ini memperkukuh kepentingan menghubungkan pengetahuan akademik dengan pengalaman lapangan. Daripada pengurusan sisa perbandaran dan penghasilan kompos organik kepada syarahan akademik serta bimbingan manuskrip, fellowship ini menjadi platform bermakna untuk pertukaran ilmu serantau. Lebih penting, ia membuktikan bahawa pembangunan mampan akan memberi impak yang lebih besar apabila sains, dasar, universiti, pihak berkuasa tempatan dan komuniti bergerak bersama ke arah penyelesaian yang dikongsi.