Perbincangan Dasar SDG APPGM-SDG 2026

Jabatan Advokasi Dasar Parlimen (Parliamentary Policy Advocacy Department) di bawah Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia berkenaan Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG) dengan sukacitanya menjemput YB Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri Sesi Perbincangan Meja Bulat (Roundtable Discussion – RTD) Siri Ketiga Tahun 2026.
Untuk makluman, inisiatif perbincangan meja bulat ini telah dilaksanakan sejak tahun 2024 bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan respons terkini daripada pelbagai pihak berkepentingan berhubung tema-tema yang dipilih sebagai fokus utama perbincangan. Input yang diperoleh akan membantu memperkukuh dapatan serta cadangan dasar yang dikemukakan.
Berikut merupakan tema dan tarikh sesi perbincangan:
- PEMERKASAAN INISIATIF PDK & PAWE DALAM KERANGKA EKONOMI PENJAGAAN DI MALAYSIA – 28 Oktober 2026 (Rabu)
- PENELITIAN KEPELBAGAIAN DIMENSI KEMISKINAN – 4 November 2026 (Rabu)
- PEMBANGUNAN SOSIAL DAN EKONOMI DI PULAU-PULAU KECIL – 11 November 2026 (Rabu)
- KEPENTINGAN KOMUNITI TEMPATAN DALAM KETERJAMINAN MAKANAN DI MALAYSIA – 18 November 2026 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat: Bilik Latihan 1 dan Bilik Latihan 2, Aras 4, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen Malaysia

