APPGM-SDG Tahun 2026

Konteks
Pemerkasaan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) – Strategi Memperkukuhkan Ekonomi Penjagaan dan Inklusiviti OKU di Malaysia
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Malaysia menyediakan sokongan rehabilitasi, pembangunan kemahiran dan integrasi sosial kepada Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat komuniti khususnya bagi keluarga berpendapatan rendah dan komuniti bandar dan luar bandar.
Memperkukuh Peranan Penting Petani Skala Kecil untuk Membina Keterjaminan Makanan dan Makanan Selamat demi Kesihatan Negara
- Asas pembangunan negara merangkumi bekalan makanan yang mencukupi, selamat, mampu milik dan mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia.
- Majoriti penanaman buah-buahan dikendalikan oleh pengeluar skala kecil (kurang 0.5 hektar), melibatkan 147,170 pengeluar pada tahun 2023.
- Memastikan rantaian bekalan yang adil demi menjamin para petani kecil memperoleh pendapatan yang wajar.
- Tahap Sara Diri (SSL) sayur-sayuran di Malaysia hanya sekitar 47%
Dari Ekosistem Pantai ke Penuaian: Memperkukuh Keterjaminan Makanan dan Kedaulatan Negara melalui Pengurusan Mampan Ekosistem Pantai dan Marin
(Keselamatan Makanan Memerlukan Ekosistem Marin Sihat)
- Bekalan perikanan skala kecil (membekalkan kira-kira 68% tangkapan marin Malaysia), terancam oleh kemerosotan ekosistem
- Perikanan skala kecil/nelayan pantai menyumbang RM11.4 bilion kepada KDNK – menyokong 140,000 nelayan skala kecil
- Kadar pemakanan ikan di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia (44.7kg/tahun)
(Perkhidmatan Ekosistem)
- Padang Rumput Laut Habitat Kritikal Utama
- Terumbu Karang Tapak pembiakan ikan
- Hutan Bakau Nurseri (semaian) semulajadi
Keterjaminan Makanan: Cabaran Perubahan Iklim dan Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana di Sarawak
- Penanaman padi di Sarawak merupakan lambang budaya dan peradaban masyarakat pribumi, khususnya dari aspek kebergantungan dan kecenderungan mereka untuk mengutamakan pengambilan beras warisan (‘heirloom rice’) sebagai makanan ruji harian.
- Sarawak sedang giat mempersiapkan diri untuk menjadi “bakul beras” utama Malaysia menjelang 2030
- Sarawak mempunyai lebih daripada 300 kepelbagaian padi warisan

