Laporan Awal: Dasar SDG Peringkat Parlimen
MySDG Centre for Social Inclusion (MySDG-CSI) pusat penyelidikan bagi APPGM-SDG telah menggunapakai hasil kajian pemetaan isu di 85 kawasan parlimen dari tahun 2020 hingga 2023 sebagai asas untuk menganjurkan proses perbincangan bersama dengan Ahli-ahli Parlimen dan kementerian serta agensi kerajaan yang berkaitan.
Hasil daripaada perbincangan-perbincangan tersebut adalah lapan laporan awal dasar yang bertema:
1. Kemiskinan (Semenanjung Malaysia)
2. Kemiskinan (Sabah)
3. Kemiskinan (Sarawak)
4. Kemiskinan (Pulau-pulau Kecil)
5. Kebajikan
6. Alam Sekitar
7. Keterjaminan Makanan
8. Kewarganegaraan
Laporan-laporan awal dasar ini akan menjadi asas kepada perbincangan yang berterusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan pada masa hadapan kelak.