Realiti Akar Umbi: Hasil Pemetaan Keperluan Komuniti Tempatan
6 siri jilid yang bertajuk ‘Realiti Akar Umbi: Hasil Pemetaan Keperluan Komuniti Tempatan’ mendokumentasikan usaha pemetaan lapangan dan analisis situasi secara meluas oleh pasukan APPGM-SDG. Dilaksanakan pada tahun 2023, jilid-jilid ini menghimpunkan metodologi dan dapatan daripada 28 lawatan di peringkat akar umbi di pelbagai kawasan Parlimen seluruh Malaysia.
Nilai utama penerbitan ini terletak pada pendekatan yang terperinci dan teratur dalam memahami isu dan keperluan penduduk setempat. Menerusi penglibatan secara terus bersama komuniti akar umbi, pasukan APPGM-SDG telah mengenalpasti beberapa keperluan yang harus diutamakan dan dalam pada masa yang sama menyediakan data termaklum bagi intervensi secara bersasar. Siri ini menjadi sumber rujukan yang komprehensif bagi para penggubal dasar, ketua masyarakat, dan penyelidik kerana huraiannya yang mendalam mengenai cabaran ekonomi, sosial, dan alam sekitar yang dihadapi di pelbagai wilayah.
Dokumen ini telah disusun dengan rapi mengikut zon yang merangkumi Zon Utara, Pantai Timur, Pusat dan Selatan bagi kawasan Semenanjung, termasuk wilayah Sabah dan Sarawak. Setiap jilid disertakan dengan dokumentasi bergambar dan jadual terperinci bagi setiap lawatan lapangan, menambah konteks visual kepada analisis. Selain itu, siri ini turut merakam suara dan aspirasi komuniti tempatan melalui transkripsi perbincangan kumpulan fokus untuk mendalami isu yang dihadapi mereka.
‘Realiti Akar Umbi’ menjadi satu sumbangan yang amat bernilai dalam memahami isu penduduk setempat dan pembangunan lestari, menitikberatkan kepentingan data yang tepat dan pandangan masyarakat dalam merangka polisi dan intervensi yang efektif. Siri ini merupakan sebuat alat yang sangat diperlukan oleh individu-individu yang ingin membawa perubahan yang bermakna dalam komuniti mereka.
PENERBITAN
Jilid 1: Realiti Akar Umbi (Zon Utara)
Jilid 1: Realiti Akar Umbi
(Zon Utara)
PENERBITAN
Jilid 2: Realiti Akar Umbi (Zon Timur)
Jilid 2: Realiti Akar Umbi
(Zon Timur)
PENERBITAN
Jilid 3: Realiti Akar Umbi (Zon Tengah)
Jilid 3: Realiti Akar Umbi
(Zon Tengah)
PENERBITAN
Jilid 4: Realiti Akar Umbi (Zon Selatan)
Jilid 4: Realiti Akar Umbi
(Zon Selatan)
PENERBITAN
Jilid 5: Realiti Akar Umbi
(Wilayah Sabah)
Jilid 5: Realiti Akar Umbi (Wilayah Sabah)
PENERBITAN
Jilid 6: Realiti Akar Umbi
(Wilayah Sarawak)
Jilid 6: Realiti Akar Umbi (Wilayah Sarawak)