Ringkasan Eksekutif & Laporan Awal: Hasil Pemetaan Keperluan Komuniti
Penerbitan ‘Ringkasan Eksekutif dan Laporan Awal: Hasil Pemetaan Keperluan Komuniti’ ini adalah untuk mendokumetasikan usaha pemetaan lapangan dan analisis situasi secara menyeluruh oleh pasukan APPGM-SDG. Dokumen ini menghimpunkan metodologi dan dapatan daripada 30 lawatan di peringkat akar umbi di pelbagai kawasan Parlimen di Malaysia bagi tahun 2024.
Penyusunan dokumen ini adalah mengikut zon yang merangkumi Zon Utara, Pantai Timur, Tengah dan Selatan bagi kawasan Semenanjung, termasuk wilayah Sabah dan Sarawak. Setiap jilid memuatkan dokumentasi lawatan tapak serta dapatan terperinci daripada setiap lawatan lapangan, sekali gus menambah konteks visual kepada hasil kajian. Selain itu, dokumen ini turut mengetengahkan maklumbalas daripada agensi kerajaan untuk memahami tindakan yang telah diambil dan mengenalpasti solusi terbaik bagi isu berbangkit.
Nilai utama penerbitan ini terletak pada pendekatan yang tersusun dan terperinci dalam memahami isu serta keperluan penduduk setempat. Melalui penglibatan langsung bersama komuniti akar umbi, pasukan APPGM-SDG telah mengenal pasti isu yang perlu diberi perhatian dan mengumpulkan data untuk intervensi bersasar dalam tindakan susulan. Dokumen ini dapat menjadi rujukan komprehensif bagi penggubal dasar, ketua masyarakat, dan penyelidik dalam memahami cabaran ekonomi, sosial, dan alam sekitar dari perspektif akar umbi.
Diharapkan ‘Ringkasan Eksekutif dan Laporan Awal: Hasil Pemetaan Keperluan Komuniti’ ini dapat memberikan sumbangan yang bernilai dalam memahami isu penduduk setempat dan memacu pembangunan lestari. Dokumen ini menekankan kepentingan penggunaan data yang tepat serta mengutamakan pandangan masyarakat untuk merangka polisi dan intervensi yang efektif. Seterusnya, menjadi satu alat kepada individu-individu yang berusaha membawa perubahan bermakna dalam komuniti mereka kelak.
PENERBITAN
Jilid 1: Ringkasan Eksekutif & Laporan Awal (Zon Utara)
Jilid 1: Ringkasan Eksekutif & Laporan Awal (Zon Utara)
PENERBITAN
Jilid 2: Ringkasan Eksekutif & Laporan Awal (Zon Timur)
Jilid 2: Ringkasan Eksekutif & Laporan Awal (Zon Timur)
PENERBITAN
Jilid 3: Ringkasan Eksekutif & Laporan Awal (Zon Tengah)
Jilid 3: Ringkasan Eksekutif & Laporan Awal (Zon Tengah)
PENERBITAN
Jilid 4: Ringkasan Eksekutif & Laporan Awal (Zon Selatan)
Jilid 2: Ringkasan Eksekutif & Laporan Awal (Zon Timur)
PENERBITAN
Jilid 5: Ringkasan Eksekutif & Laporan Awal (Wilayah Sabah)
Jilid 5: Ringkasan Eksekutif & Laporan Awal (Wilayah Sabah)
PENERBITAN
Jilid 6: Ringkasan Eksekutif & Laporan Awal (Wilayah Sarawak)
Jilid 6: Ringkasan Eksekutif & Laporan Awal (Wilayah Sarawak)