Projek penyelesaian untuk penduduk kampung di Kg.Chawan, Bandar Kuching bertujuan untuk memperkasakan kumpulan penduduk, untuk menggerakkan komuniti mereka, untuk mengambil alih dan menangani keperluan sosio-ekonomi mereka.
Projek-projek yang dikenal pasti oleh komuniti termasuk mendapatkan bantuan kerajaan, kesedaran dan saringan kesihatan, pendidikan melibatkan peringkat rendah dan menengah, latihan kemahiran menjahit manik untuk penjanaan pendapatan, dan gotong royong menambah baik sistem perparitan dan pembinaan papan jalan ke rumah.
Projek ini merangkumi semua aspek dari segi pendidikan dan kesedaran kesihatan serta latihan kemahiran untuk menjana pendapatan bagi kehidupan yang lebih baik.
Projek penyelesaian yang dibiayai oleh APPGM-SDG membuka peluang kepada seluruh masyarakat dari semua peringkat umur untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dengan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mereka terhadap kesihatan, pendidikan, kemahiran dan peluang untuk menambah baik sistem perparitan dan pembinaan lain.
Projek ini adalah untuk 63 keluarga di komuniti Kg.Chawan. Penyedia penyelesaian projek ini ialah Ibu Pejabat Persatuan Dayah Iban Sarawak. Tempoh projek adalah empat (4) bulan bermula Oktober 2020 hingga Januari 2021 dengan peruntukan RM40,000.00.