Tentang Kami
Sebuah inisiatif berimpak tinggi antara APPGM-SDG dan Yayasan Hasanah melalui dana daripada Kementerian Kewangan. Inisiatif ini melibatkan 55 daerah seluruh Malaysia dengan fokus utama adalah penyelesaian isu tempatan melalui penubuhan Jawatankuasa Intervensi Dasar Multi-Agensi di peringkat daerah dengan kerjasama pejabat daerah selaras dengan SDG 16.
Objektif
Menerapkan prinsip kerjasama Pihak – Pihak Berkepentingan di peringkat daerah.
Mengukuhkan penglibatan agensi kerajaan di peringkat daerah di dalam menyelesaikan isu tempatan.
Perbincangan dan penyelesaian isu jangka sederhana dan panjang yang telah dikenalpasti sewaktu lawatan pemetaan isu APPGM-SDG.
Gerak Kerja Unit Solusi Dasar, APPGM-SDG
Skop Projek
Penubuhan Jawatankuasa Intervensi Dasar Multi-Agensi Peringkat Daerah
Pembangunan Sistem Pangkalan Data untuk Pengurusan Isu Setempat
Program Pembangunan Kapasiti Strategi Intervensi Dasar dan SDG untuk Pegawai Kerajaan
Program Pembangunan Kapasiti Pemimpin Komuniti Tempatan dalam Advokasi Dasar dan SDG
Penerbitan Buku Amalan Terbaik
Forum bersama Pegawai-pegawai Daerah
Kajian Kemiskinan dengan Komuniti yang dikenalpasti
Taklimat Dasar dan Perbincangan Meja Bulat Peringkat Negeri
- Menangani Keperluan Komuniti Tempatan
- Kemampanan Rakan Solusi
Kerjasama yang diperlukan
1. Kerjasama pegawai kerajaan dengan mengambil bahagian secara aktif dan melibatkan diri dalam kesemua inisiatif di atas.
2. Menyumbang kepada penyelesaian isu-isu jangka sederhana dan panjang yang lebih berkesan di peringkat daerah.
Penyelaras Wilayah
- Phone: +1 (234) 567-879
- Email: info@example.com
Utara
Dr. Thanaraj Murudi
- Phone: +1 (234) 567-879
- Email: info@example.com
Tengah
Mohamed Daniel Mokhtar