Program pemulihan dan bimbingan kerjaya untuk penagih dadah yang pulih secara kekal adalah terapi pekerjaan (terapi kerja) yang diurus dan diselia oleh Komited Malaysia.
Projek ini dapat mengurangkan jurang antara penagih dadah untuk terus pulih dalam masyarakat, di samping memberi peluang kepada golongan ini dalam meningkatkan kualiti hidup.
Program ini disediakan untuk pemulihan penagih dadah dari segi pembinaan kerjaya, sistem sokongan dan memulihkan keyakinan diri. Projek ini juga memberi peluang kepada kumpulan sasaran untuk berdaya saing dalam meningkatkan kualiti hidup agar tidak terkeluar daripada arus perdana masa kini.
Penyedia solusi projek ini ialah Komited Malaysia. Tempoh projek adalah selama enam (6) bulan dengan peruntukan sebanyak RM54,000.00.
SDG utama yang memberi impak melalui projek solusi ini ialah Matlamat 3: Memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan yang baik, Matlamat 8: Menyediakan peluang pekerjaan yang baik dalam membantu pertumbuhan ekonomi, Matlamat 11: Ke arah bandar dan masyarakat yang mampan dan Matlamat 17: Memupuk sikap bekerjasama bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.