Orang Asli di Kampung Sg. Rual tidak mempunyai pendapatan tetap selain meneruskan kelangsungan hidup dengan cara tradisional seperti menangkap ikan di sungai dan mengutip hasil hutan. Bilangan mereka yang memiliki ladang untuk diusahakan adalah terlalu kecil.
Justeru, dengan bantuan yang diberikan seperti perusahaan cendawan tiram kelabu kepada belia Orang Asli, projek solusi ini mungkin dapat membantu mereka menambah pendapatan harian.
Dengan pembinaan bengkel cendawan dan latihan yang disediakan dalam program ini, peserta dapat menghasilkan ketulan cendawan berkualiti seterusnya menjadikan Sungai Rual sebagai hub pengeluaran cendawan dan ketulan cendawan.
Selain itu, penduduk Sungai Rual juga boleh menghasilkan produk hiliran cendawan tiram kelabu dan boleh menghasilkan baja kompos daripada blok terpakai untuk dijadikan media tanaman. Dengan cara ini, Orang Asli di Kampung Rual dapat mencapai objektif mereka iaitu menambah pendapatan dan terjamin.
Aktiviti projek merangkumi peringkat permulaan hingga ke peringkat akhir penjagaan cendawan iaitu mencari tempat pembinaan bengkel, pembelian mesin, latihan pengeluaran cendawan, latihan penjagaan dan latihan pengeluaran baja.
Projek itu adalah untuk memberi manfaat kepada Belia Orang Asli di Sungai Rual (lelaki dan wanita). Penyedia solusi projek ini ialah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK), Universiti Malaysia Kelantan. Tempoh projek adalah setahun dengan peruntukan RM50,000.00.
SDG utama yang terjejas melalui projek solusi ini ialah SDG 1: Tiada kemiskinan.