Antara isu di Parlimen Libaran ialah golongan ibu tunggal dan suri rumah yang sukar mendapatkan pekerjaan kerana tiada kelayakan dan kemahiran yang tinggi. Selain itu, peranan yang perlu dimainkan oleh ibu tunggal dan stigma masyarakat sekeliling menjejaskan kesejahteraan psikososial, kesihatan fizikal dan ekonomi mereka.
Oleh itu, solusi program direka berdasarkan dua strategi. Pertama, anjurkan bengkel untuk ibu tunggal dan suri rumah mengenai kesedaran ibu tunggal tentang hak undang-undang mereka, pengurusan tekanan dan juga kepimpinan. Bengkel ini akan dijalankan secara dalam talian dan semua tenaga pengajar atau penceramah berasal dari daerah Sandakan. Kedua, menganjurkan bengkel keusahawanan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ibu tunggal dan suri rumah untuk menceburi bidang keusahawanan
Produk yang dihasilkan oleh peserta akan dipasarkan terus ke kedai runcit, pasar mingguan, dan juga dipasarkan secara dalam talian di E-pasar Sabah (PERDIKS), Facebook, dan lain-lain.
Projek solusi yang dibiayai oleh APPGM-SDG ini dapat memperkasakan suri rumah dan ibu tunggal dalam bidang keusahawanan dalam usaha meningkatkan kesaksamaan wanita melalui penyertaan dalam ekonomi, seterusnya dapat memperkukuh daya tahan dari segi mental, kesihatan dan ekonomi mampan.
Projek ini memberi manfaat kepada 45 peserta yang terdiri daripada 25 ibu tunggal (B40, tiada pekerjaan tetap, berumur antara 25- 45 tahun) dan 20 suri rumah (B40, tiada pekerjaan tetap, berumur antara 20-45 tahun).
Penyedia solusi projek ini ialah Mimbar Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MAPIM) Daerah. Tempoh projek adalah lima bulan dengan peruntukan RM40,000.00.