APPGM-SDG

Majlis Pelancaran Tiga Laporan Cadangan Dasar Peringkat Parlimen APPGM-SDG Tahun 2026

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia berkenaan Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG) hari ini telah melancarkan tiga laporan cadangan dasar utama yang bertujuan memperkukuh pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di Malaysia menjelang 2030.

Tajuk bagi ketiga-tiga laporan cadangan dasar tersebut ialah: 

  1. Memperkasakan Kesampaian Perlindungan Sosial Inklusif Bagi Kumpulan Rentan di Sabah – laporan ini memberikan tumpuan kepada strategi untuk memperkasakan sistem kebajikan di Sabah. Cadangan-cadangan tersebut bertujuan mengatasi kekangan geografi dan keadaan infrastruktur yang kurang memuaskan, yang telah menjejaskan akses komuniti pedalaman kepada bantuan kebajikan kerajaan. Selain itu, cadangan untuk memperkasakan keperdayaan ekonomi golongan rentan di Sabah juga merupakan salah satu strategi untuk memastikan kelestarian dalam usaha untuk membasmi kemiskinan di Sabah.

  2. Cadangan Strategik ke Arah Kesejahteraan Komuniti Pulau-Pulau Kecil di Malaysia – laporan ini menyeru supaya pihak kerajaan Malaysia untuk memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur asas yang khusus kepada komuniti-komuniti yang tinggal di pulau-pulau kecil di Malaysia. Antara cadangan yang telah dikemukakan termasuklah menaik taraf infrastruktur seperti jeti dan penyediaan bot awam bagi memudahkan komuniti pulau mengakses perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, terutamanya pendidikan peringkat sekolah menengah di tanah besar. Laporan dasar ini turut memberi penerangan tentang keunikan kehidupan harian komuniti pulau-pulau kecil yang memerlukan tumpuan khusus daripada kerajaan.

  3. Penyelesaian ke Arah Pendidikan Inklusif: Hak Pendidikan untuk Golongan Tanpa Dokumen – fokus laporan ini adahlah untuk memberikan peluang persekolahan asas kepada kanak-kanak tanpa dokumen, sekurang-kurangnya ke peringkat pendidikan sekolah menegah. Cadangan ini adalah selaras dengan matlamat di RMK-13 dari segi pendidikan. Terdapat dua strategi yang telah dikemukakan pada kertas dasar tersebut. Pertama, kerajaan Malaysia disyorkan untuk memberikan dokumen sementara kepada kanak-kanak tanpa dokumen bagi membolehkan mereka bersekolah sehingga ke peringkat sekolah menengah. Kedua, penyelarasan kurikulum di pusat bimbingan alternatif dicadangkan, memandangkan pusat-pusat ini sering menjadi laluan pendidikan bagi kanak-kanak tanpa dokumen yang tidak dapat berdaftar di sekolah kebangsaan.

Penyelesaian Ke Arah Pendidikan Inklusif- Hak Pendidikan untuk Golongan Tanpa Dokumen Di Malaysia

Penyelesaian Ke Arah Pendidikan Inklusif- Hak Pendidikan untuk Golongan Tanpa Dokumen Di Malaysia

Memperkasakan Kesampaian Perlindungan Sosial Inklusif bagi Kumpulan Rentan di Sabah

Memperkasakan Kesampaian Perlindungan Sosial Inklusif bagi Kumpulan Rentan di Sabah

Cadangan Strategik ke Arah Kesejahteraan Komuniti Pulau-Pulau Kecil di Malaysia

Cadangan Strategik ke Arah Kesejahteraan Komuniti Pulau-Pulau Kecil di Malaysia