Kubang Pasu, Kedah

2021

PROJEK SOLUSI 1

huraian projek

Program yang bertajuk ‘Mengurangkan Ketidaksamaan melalui Keusahawanan’ di Kubang Pasu itu bertujuan untuk menyediakan pekerjaan sendiri dan pendapatan sara hidup mampan kepada wanita muda kumpulan B40 bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendapatan.

Mereka yang terpilih akan menjalani latihan untuk menyokong dan memperkasakan mereka untuk memulakan perniagaan mereka. Modul latihan merangkumi Ujian Personaliti, Anjakan Minda dan Pembangunan Diri, Pemasaran Dalam Talian dan pengurusan Kewangan Asas. Keseluruhan proses akan menggabungkan analisis pra dan pasca untuk tujuan penilaian impak. Ia membolehkan pembekal perkhidmatan mencadangkan dan menghasilkan beberapa program peningkatan kemahiran untuk golongan wanita ini.

Objektif khususnya adalah untuk membantu pembangunan kemahiran keusahawanan, keyakinan diri, berdikari dan keupayaan untuk mempengaruhi. Projek ini juga membantu untuk merangsangkan aktiviti keusahawanan melalui kemahiran perniagaan dalam talian dan pengenalan keusahawanan sosial. Akhir sekali, para peserta akan mendapat pendedahan ilmu yang diperlukan dalam pembiayaan, pengurusan dan teknik kewangan untuk mencipta ‘juara’ dalam kalangan usahawan wanita muda melalui latihan kejurulatihan.

Projek ini memberi manfaat kepada belia wanita (berumur 18-40 tahun) yang ingin meneroka dengan lebih serius bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan dan pendapatan sara hidup, mempunyai produk/perkhidmatan sendiri atau kemahiran khusus untuk menjual/menghantar/memasarkan; atau sekurang-kurangnya idea/pelan perniagaan, datang dari keluarga B40, tinggal di kawasan luar bandar dari DUN Jitra dan DUN Bukit Kayu Hitam.

Penyedia solusi projek ini ialah Pertubuhan Kesedaran Wanita Kedah (PKWK). Tempoh projek adalah empat bulan dengan peruntukan RM40,000.00.

SDG utama yang memberi impak melalui projek solusi ini ialah Matlamat 10 – Untuk mengurangkan ketidaksamaan dalam pendapatan.

PROJEK SOLUSI 2

huraian projek

Penyalahgunaan dadah berleluasa di Kampung Aman Jitra, Kampung Huma dan Kampong Ladang Satu, malah di kampung lain di daerah Kubang Pasu. Masalah dadah ini adalah punca daripada sikap ibu bapa, remaja dan belia tidak mempunyai pengetahuan tentang tanda-tanda awal ketagihan, kesan penderaan dan langkah-langkah awal yang boleh diambil sebelum orang terbabit menjadi teruk dan sukar untuk dibantu.

Projek penyebaran maklumat #lebihbaikcegah ini akan menggunakan pelbagai medium secara bersemuka atau dalam talian dengan cara yang menarik di mana projek ini turut melibatkan NGO lain seperti Skuad AADK Daerah Kubang Pasu dan NGO lain. Program pencegahan ini akan melibatkan NGO untuk menggunakan pelbagai medium secara bersemuka bagi menangani peningkatan kes dadah di Kubang Pasu.

Dengan tersusunnya projek dan inisiatif ini, masalah penagihan dadah dapat dicegah terutamanya dalam kalangan remaja dan belia. Projek ini juga dapat membantu ibu bapa atau keluarga untuk mengesan masalah dadah pada peringkat awal. Ini bagi memastikan masalah dadah dapat dicegah pada peringkat awal. Selain itu, projek ini turut memberi fokus dan membantu mereka yang terlibat dengan dadah untuk pulih dan memberi kesedaran kepada mereka untuk meningkatkan jati diri melalui pembelajaran agama.

Penyedia solusi projek ini ialah Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Kubang Pasu (NGO). Tempoh projek adalah empat bulan dengan peruntukan RM40,000.00.

SDG utama yang memberi impak melalui projek solusi ini ialah Matlamat 3 – Untuk memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan.

PROJEK SOLUSI 3

huraian projek

Malaysia bakal menjadi negara tua pada 2030. Penerapan nilai kasih sayang, tanggungjawab dan persefahaman terhadap masalah warga emas dalam kalangan rakyat perlu diterjemahkan secara menyeluruh.

Hormat-menghormati secara sukarela dan sanggup berkhidmat tanpa gaji atau atas kesedaran diri perlu disemai dan dipupuk dalam kalangan anak muda khususnya mereka yang berpendidikan tinggi dan bekerja serta mendapat tempat dalam masyarakat sehingga menjadi ikon atau idola melalui “KEPIMPINAN MELALUI CONTOH TAULADAN”.

Dengan penganjuran seminar ini, isu dan masalah berkaitan warga emas akan dibangkitkan untuk mencari jalan solusi. Dengan cara yang disediakan iaitu mesyuarat, sesi taklimat dan juga Zoom Meeting, peserta dan pelatih boleh mengumpul pandangan dan idea pelaksanaan dalam menangani isu yang dibangkitkan.

Tambahan pula, projek ini dapat mewujudkan masyarakat penyayang warga emas dan dapat memupuk semangat kesedaran dan hormat-menghormati bermula dari rumah.

Projek ini adalah untuk memberi manfaat kepada pemimpin masyarakat/pemimpin NGO/ketua kaum, pelajar IPT/pelajar menengah atas, ahli akademik dan anggota perkhidmatan awam dan swasta, dan terbuka kepada lelaki dan wanita pelbagai kaum dan etnik.

Penyedia solusi projek ini ialah Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu (PEWARIS). Tempoh projek adalah dua hari dengan peruntukan RM20,000.00.

SDG utama yang memberi impak melalui projek solusi ini ialah Matlamat 3: Memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan pada semua peringkat umur.

PROJEK SOLUSI 4

huraian projek

Program ini bertujuan untuk menyediakan kajian kebolehlaksanaan, dan model pembangunan untuk pembangunan pembaharuan Kampung Jitra (melalui hasil bancian sosio-ekonomi peneroka tidak formal, lawatan bandar, FGD dengan Pemegang Kepentingan Utama yang dikenal pasti) dengan memberi tumpuan kepada SDG 17 dan 11.

Penyelesaian proaktif untuk membangunkan semula kawasan itu dengan kerjasama pihak berkepentingan utama untuk menyediakan pembangunan inklusif dan boleh dilaksanakan serta membolehkan mereka memenuhi hak ke atas tanah, perumahan dan perkhidmatan asas.

Data bancian sosio-ekonomi penempatan tidak formal di Kampung Aman mungkin memberi gambaran tentang keadaan semasa dan hala tuju semua pihak dalam mengekalkan isu ekonomi, sosial dan alam sekitar. Aktiviti-aktiviti ini juga akan menyediakan lawatan tapak, sumbang saran tentang kajian terdahulu, analisis data dan penulisan laporan.

Projek itu bertujuan memberi manfaat kepada peneroka tidak rasmi Kampung Aman (mengenal pasti 158 unit premis tetapi tidak pasti bilangan isi rumah setiap premis), ketua masyarakat/JPKK dan pemilik tanah.

Penyedia solusi projek ini ialah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia. Tempoh projek adalah tiga bulan dengan peruntukan RM20,000.00.

SDG utama yang memberi impak melalui projek solusi ini ialah Matlamat 11– Komuniti dan Bandar Mampan (Jadikan bandar dan penempatan manusia inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan).

2022

© 2024 All rights reserved by APPGM-SDG