Teras kerja APPGM-SDG adalah untuk mengenal pasti keperluan dan isu tempatan berdasarkan SDG. APPGM-SDG menggunakan pendekatan bottoms-up dan partisipatif dalam memetakan isu dan menganalisa situasi di lapangan.
Metodologi tersebut melibatkan perbincangan berfokuskan kumpulan dengan komuniti di peringkat akar umbi, pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan tempatan, penjawat awam di peringkat daerah, ahli parlimen dan pegawai dan agensi kerajaan. APPGM-SDG mengutamakan isu utama daripada penemuan pemetaan isu, dengan input lanjut daripada pejabat MP dan agensi kerajaan. Pemetaan dan keutamaan isu membantu APPGM-SDG dalam mengenal pasti projek penyelesaian tempatan yang akan dilaksanakan oleh penyedia penyelesaian tempatan (Solution Provider).
Selepas pemetaan isu, APPGM-SDG menyelidik dengan lebih mendalam mengenai isu utama dengan menganalisakan situasi. Analisis ini melibatkan kajian, perbincangan berfokuskan kumpulan, temu bual dengan lebih mendalam dan tinjauan. Laporan tersebut memberi data dan analisis yang diperlukan untuk dasar advokasi APPGM-SDG.
Projek penyelesaian yang merupakan projek mikro serta dana mikro RM20,000 – RM40,000 untuk tempoh 3 hingga 4 bulan menggambarkan kemungkinan penyelesaian tempatan. Ia juga merupakan latihan dalam membina kepercayaan yang melangkaui kajian lapangan dan dokumentasi keperluan dan isu tempatan.
Projek penyelesaian mikro memerlukan usaha yang berterusan bagi memastikan kelestarian projek tidak berakhir begitu sahaja. Memandangkan APPGM-SDG hanya menyediakan pembiayaan dua tahun dan selepas itu beberapa projek penyelesaian terbaik terpilih akan beralih ke projek jangka panjang dengan sumber pembiayaan baharu daripada sumber CSR dan GLC serta pembiayaan komuniti.
Untuk mencapai matlamat ini, kami menjalankan penilaian keperluan di peringkat daerah dan melaksanakan projek penyelesaian tempatan.
Kami juga akan mengukuhkan lagi jalinan ini dengan melibatkan sektor swasta.
Kekal bersama kami untuk maklumat terkini.
Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
© 2023 All rights reserved by APPGM-SDG