
“TIADA SESIAPA KETINGGALAN”
DENGAN MELOKALISASIKAN MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI
Kerja-kerja APPGM-SDG sedang berjalan dengan cemerlang sejak tahun 2020 dan bagi tahun 2023, kami mempunyai banyak peluang baharu untuk melokalisasikan SDG di dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kami mempunyai hubungan kerja berpasukan yang baik di kalangan Ahli Parlimen. Kami berkongsi beberapa perihal isu yang sentiasa menjadi perbualan di peringkat Parlimen. Kami juga mengenalpasti beberapa isu di peringkat tempatan yang tidak dapat diselesaikan dan hal ini telah memberi kesan kepada warga tempatan, tambahan pula dengan isu pandemik COVID19 dan yang terbaru, ialah isu banjir besar. Semua masalah ini tentunya memberi kesan terhadap ekonomi, alam sekitar dan juga kesejahteraan emosi terhadap komuniti berbeza.

LAPORAN TAHUNAN
APPGM-SDG
APPGMS DALAM BIDANG PARLIMEN MALAYSIA
PARLIMEN MALAYSIA KE-14
Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia mula ditubuhkan pada 17 Oktober 2019. Idea untuk penubuhannya telah dicadangkan buat pertama kali oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk Undang-undang dan Hal Ehwal Parlimen, mendiang YB Datuk Liew Vui Keong, dalam ucapannya di Parlimen. Mengikut pandangannya, APPGM merupakan forum atau pentas untuk ahli-ahli parlimen daripada kedua-dua kamar dewan untuk terlibat dalam topik berkepentingan awam. APPGM boleh bekerjasama dengan orang di luar lingkungan parlimen seperti ahli akademik, profesional dan NGO sebagai rakan kongsi.
Pihak menteri kemudiannya telah mengumumkan APPGM berhubung SDG sebagai kumpulan pertama antara beberapa siri kumpulan APPGM yang akan diluluskan. Beliau turut menyatakan bahawa Profesor Datuk Dr Denison Jayasooria yang ketika itu Pengerusi Bersama Gabungan CSO-SDG Malaysia akan mengambil peranan sebagai Ketua Sekretariat.
Pihak Parlimen telah menyatakan perlunya suatu permohonan rasmi untuk pembentukan APPGM-SDG yang mana ianya telah dikemukakan oleh YB Maria Chin Abdullah sebagai Pengerusi pertama APPGM-SDG pada 22 Oktober 2019.
Pada 10 Oktober 2022, Parlimen ke-14 telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15. Melalui pembubaran Parlimen, APPGM turut sama dibubarkan.
Dalam tempoh antara 11 Oktober 2022 dan 21 Mac 2023, Persatuan Promosi Matlamat Pembangunan Lestari merupakan entiti sah sekretariat (No Rujukan) dan ianya bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang telah dipersetujui dalam APPGM-SDG semasa Parlimen ke-14.
Persatuan SDG telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan untuk mengendalikan dana yang telah diperuntukkan sejak tahun 2020. Laporan kewangan dan aktiviti bulanan dikemukakan secara berkala kepada Parlimen, EPU dan Kementerian Kewangan. Laporan tahunan dengan penyata akaun yang diaudit diedarkan kepada Ahli Parlimen pada setiap tahun dan dimuatnaik dalam laman web Parlimen.
PARLIMEN MALAYSIA KE-15
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) YB Datuk Seri Azalina Othman Said dalam ucapannya di Parlimen pada 21 Mac 2023 telah mengumumkan penubuhan beberapa APPGM. Semua ahli APPGM telah dijemput untuk menghantar semula permohonan penubuhan APPGM masing-masing untuk sesi Parlimen ke-15. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama senarai Ahli Parlimen yang memberi sokongan.
YB Isnaraissah Munirah binti Majilis (Ahli Parlimen Kota Belut) yang merupakan Pengerusi pro-tem APPGM-SDG, telah menandatangani borang permohonan untuk pembentukan APPGM-SDG bersama senarai ahli-ahli parlimen yang menyokong, rakan kerjasama (termasuk Gabungan CSO-SDG Malaysia) dan Persatuan Promosi Matlamat Pembangunan Lestari sebagai Sekretariat.
Setiausaha Parlimen telah menghantar surat kelulusan kepada pihak Sekretariat sebagai pengesahan pembentukan APPGM-SDG yang bertarikh pada 21 Mac 2023.
Maklumat di Laman Web Parlimen
10 TERAS UTAMA YANG AKAN DIPEGANG PADA TAHUN 2023
- Menyetempatkan SDG ialah agenda utama kami
- Pamerkan kerjasama dwi-partisan di kalangan ahli Parlimen
- Bekerjasama dengan Ahli Parlimen untuk memberi perhatian kepada umum tentang kebimbangan dasar SDG
- Bekerjasama dengan akar umbi terutamanya penyedia penyelesaian untuk menyediakan penyelesaian tempatan
- Wujudkan makmal hidup SDG
- Menubuhkan kumpulan kerja pelbagai pihak berkepentingan peringkat daerah
- Memperkukuh aspek hak asasi manusia dan keadilan SDG
- Pastikan keterlihatan yang lebih besar untuk Akademi mySDG
- Menjamin akreditasi PBB untuk berada dalam status perundingan dengan ECOSOC
- Lakukan semakan pertengahan penggal SDG & berikan maklum balas nasional & global
jawatankuasa tinggi appgm-sdg

YB PUAN
MUNIRAH MAJILIS
YB PUAN MUNIRAH MAJILIS
CHAIR OF APPGM-SDG

YB DATO’
SAIFUDDIN ABDULLAH
YB DATO’ SAIFUDDIN ABDULLAH
DEPUTY CHAIR OF APPGM-SDG

PROF DATUK DR.
DENISON JAYASOORIA
PROF DATUK DR.
DENISON JAYASOORIA
HEAD OF SECRETARIAT OF APPGM-SDG
PENERBITAN DAN LAPORAN
LAPORAN, JURNAL DAN PENERBITAN
BERITA
SEKRETARIAT:
All-Party Parliamentary Group Malaysia
A-1-10, Blok A, Pusat Perniagaan Seksyen 8, Jalan Sg. Jernih 8/1, Seksyen 8, 46050, Petaling Jaya, Selangor.
Emel: secretariat@appgm-sdg.com